Rabu, 13 April 2011

Pesanan Luqman al-Hakim

wahai anakku dirikanlah solat...
sempurnakanlah dirimu. Atau, apabila telah datang waktu solat janganlah engkau lewatkannya kerana sesuatu, beristirahatlah dengannya (dengan solat itu) kerana ianya adalah hutang dari Ibnu Abi Hatim, dari Ibn Jabir berkata: suruhlah kepada makruf iaitu Tauhid dan tegahlah daripada kemungkaran iaitu kesyirikan

wahai anakku bersabarlah di atas musibah...
daripada kesusahan ujian, boleh jadi padanya adalah bermaksud mendirikan solat dengan sabar, menyuruh kepada makruf dan menegah kepada mungkar, . pertamanya kerana menyempurnakan solat dan menjaganya adalah sangat sukar seperti firman Allah (sesungguhnya ianya adalah berat kecuali bagi orang yang khusyuk). Berkata Ibnu Jabir: bersabarlah di atas musibah dalam menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Berkata: apabila kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kepada mungkar dan kamu ditimpa musibah kerananya dengan musibah yang dasyat, maka bersabarlah.

sesungguhnya perkara itu iaitu kesabaran di atas musibah itu di sisi ibnu jabir, ianya dinisbahkan kepada ism isyarat dengan ism yang jauh, iaitu dengan maksud isyarat kepada sabar apa yang disuruh.

Daripada ketentuan iaitu ketentuan dari Allah, dengan qat’ie wajib. Diriwayatkan dari Ibnu juraij, maknanya adalah apa yang dinisbahkan kepada Allah dari perkara itu, iaitu apa yang terdapat dalam ketentuan-ketentuan Allah. Maknanya adalah perkara yang diazamkan sungguh-sungguh.

Wahai anakku Janganlah kau berjalan di Bumi ini iaitu tempat berpijak (dengan sombong) iaitu kesombongan, bersifat dengan sifat-sifat yang sombong dan bongkak.

(Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan berbangga diri) iaitu ta’lil lil al-Nahyi, iaitu sombong dalam khayalannya, melenting dalam berjalan dan takabbur. Berkata al-Raghib: takabbur dari khayalannya tentang kesombongan dirinya, dia hanya perasan dengan dirinya, diambil dari perkataan khail kerana “ tidak ada kuda lain kecuali dirinya sahaja berbangga dengan perkara zahirnya (dialah cantik, hebat, laju dll)” begitu juga dengan manusia berbangga dengan kekayaan, kemegahan dan lain lain, dia berbangga tanpa menyedari itu adalah milik tuhan serta mereka kufur dengannya.

(bersederhanalah dalam berjalan) menjauhi diri dari kebanggaan dan bermegah-megah, iaitu sederhana di antara semut (yang berjalan perlahan sangat) dan laju, iaitu kesederhanaan antara yang paling laju dan yang paling perlahan. Banyak hadis nabi, atau riwayat kisah para sahabat tentang berjalan ini. Nabi bersabda (berjalan laju, menjauhkan diri dari bersifat dengan sifat mukmin) iaitu sifat Hibah dan cantik. Berkata Ibnu Mas’ud: mereka ini menegah dari berjalan laju seperti Yahudi dan berjalan perlahan sangat seperti Kritian, tetapi berjalanlah di antara keduanya. Dalam kitab Nihayah bahawa Aisyah melihat seorang lelaki berjalan terlalu perlahan lalu berkata padanya: perangai apa kau ini? Maka orang (di sekeliling) berkata: sesungguhnya dia adalah dari kalangan Qurra’ (pembaca Al-Quran) maka aisyah menjawab: Umar itu adalah sayyidul Qurra’ (ketua bagi Qurra’), apabila berjalan dia pantas, apabila dia pukul terasa sakitnya. Dan yang dimaksudkan dengan kepantasan jalan Umar itu adalah laju sedikit dari perlahan. Ada juga dikalangan mereka ini berjalan sehingga tidak mahu mengeluarkan bunyi, maka dia berjalan tersangat perlahan, dan mereka ini sebenarnya buat-buat berjalan begitu supaya orang melihat kelemahan dia berjalan itu menunjukkan banyaknya ibadah dia. Nabi apabila berjalan, sehingga nampak kesan berpeluhnya disebabkan laju dia berjalan. Allah berfirman (Hamba Allah ini yang berjalan di atas muka bumi dengan sopan santun)

(rendahkanlah suaramu) iaitu rendahkan nada, dan sedikitkan percakapan kamu, seseorang adalah rendah pandangannya dari seorang yang lain jika sedikitkan percakapan. Di antara hikmah merendahkan suara adalah mereka yang merendahkan suara adalah seorang yang mulia dan lebih mudah si pendengar untuk memahami.

(sesungguhnya seburuk-buruk suara) buruk yakni sesuatu yang buruk iaitu Qabih (sangat buruk). Berkata ulama pengarang kitab al-Bahr: iaitu أفعل yang terbina dari fi’il مفعول. Berkata sebahagian yang lain: iaitu kesukaran untuk mendengarnya. Firman Allah (يوم يدعو الداع الى شيئ النكر) iaitu perkara yang sukar dan tidak difahami. Dan yang dimaksudkan dengan الاصوات tadi adalah suara haiwan iaitu seburuk-buruk suara binatang.

(adalah suara baghal atau keldai) iaitu jama’ dari himar (keldai) sebagaimana yang dijelaskan Ahli bahasa. Maksud firman Allah tadi (seburuk2 suara adalah suara keldai), dari kalam Luqman kepada anaknya adalah supaya mengelakkan dari meninggi suara. Sebahagian ulama berpendapat kalam (ان انكر الاصوات...) adalah kalam Allah, kalam Luqman hanya sampai (وغضض من صوتك) sahaja.

(Apakah kamu tidak memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi) merujuk kepada tahun-tahun sebelum kisah Luqman al-Hakim ini, daripada khitab kaum musyrikin dan peringatan pada mereka di atas kekufuran mereka yang mana didatangkan hujah bersama bukti (alam ini) untuk membuktikan ketauhidan Allah, yang menciptakan segala benda di alam ini digunakan bagi manfaat seluruh manusia, memaksa penggunaan akal salim sama ada hendak menjadikan perkara di dunia ini sebagai suatu yang bermanfaat, bagaimana cara untuk hidup dan bermuamalah dengannya dan sebagainya yang mana kesemua kurniaan tuhan dari Alam memancar keluar sebagai maslahat bagi manusia dan hamba untuk mereka hidup. Segala benda yang wujud di alam ini daripada segala bentuk kewujudan, kesemuanya adalah untuk kegunaan makhluk yang diciptanya.

(dan telah melimpahkan) iaitu menyebarkan, menaburkan, menyempurnakan keseluruh pelusuk alam.

(kepada Kamu nikmat-nikmat Nya) iaitu jama’ dari perkataan نعمة, yang asalnya membawa maksud sesuatu keadaan yang menyeronokkan. Maknanya adalah: apa yang diambil manfaat padanya dan merasai kelazatan darinya atau sesuatu kebaikan yang ditambah padanya atau sesuatu kesudahan yang baik bagi keadaan nikmat tersebut. Berkata sebahagian ulama: keadaan yang lazat ini tidak memerlukan penambahan pada kebaikan tadi, kerana lazat di sisi ulama Muhaqqiqin adalah perkara yang baik kesudahannya, dan kelazatan tersebut, Allah tidak memberinya pada golongan yang kafir, dan kufur dengan nikmatnya. Seperti yang dinaqalkan oleh طيبي bahawa: nikmat itu adalah sandaran atau ibarat tentang kemanfaatan yang diterima dari sudut ihsan kepada yang lain.

(Yang zahir dan Yang batin?) iaitu yang hissiyah atau nyata, atau yang boleh dita’aqulkan (difikirkan), atau yang memang makruf dan yang memang lazim diketahui. Dari mujahid rahimahullah (R.H) bahawa: nikmat yang zahir adalah terzahirnya islam dan pertolongan Allah dari musuh, dan nikmat yang batin pula bermaksud bekalan (rezeki) dari para malaikat. Dinaqalkan dari sebahagian golongan Syiah, dari Baqir (R.H): yang zahir adalah nikmat diutuskan Nabi Muhammad (s.a.w) serta risalah yang dibawa, dan yang batin adalah mandat yang diberi pada Ahlul Bait dan iktiqad kecintaan kita pada mereka.

(Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah) dengan metod Jidal (debat), yang mana dialognya adalah menunjukkan keegoan dan untuk mendapat kemenangan dengan metod saling bantah membantah. Asalnya perkataan ini digunakan dengan makna memintal, iaitu berdebat dengan seseorang dan menghukum sesuatu serta memintal-mintal hujahnya terhadap lawannya dalam pandangan mereka. Dikatakan juga: asalnya Jidal ini adalah digunakan untuk menjatuhkan terus, atau menghentam lawannya dalam hujah mereka, iaitu merebahkan lawannya.

(mengenai Allah) iaitu dalam ketauhidan padanya dan pada sifatnya, yang menzahirkan kehendaknya seperti golongan musyrikin dan golongan yang mungkar dengan wahdaniah Tuhan.

(Tidak berdasarkan Ilmu atau pengetahuan) iaitu dari penggunaan akal. Dituju pada golongan musyrikin yang tidak mahu menggunakan akal mereka memerhatikan alam ini, siapa penciptanya.

(tidak berdasarkan petunjuk) petunjuk yang dimaksudkan adalah Rasul, yang mana mereka tidak mengambil petunjuk dari rasul yang diturunkan oleh Allah.

(tidak berdasarkan Kitab) iaitu apa yang telah diturunkan oleh Allah dari kitab dan wahyunya.

(yang menerangi (kebenaran) itu) iaitu cahaya nur. Apa yang dimaksudkan adalah penerangan terhadap petunjuk-petunjuk. Sebahagian mengatakan: dengan mengekalkan kejahilan dan kesesatan, bahkan berdebat dengan berhujjahkan semata-mata taqlid (kepada nenek moyang mereka)

(Apabila dikatakan pada mereka) iaitu orang yang bermujadalah tadi

(Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek Kami melakukannya) mereka menghendaki beribadah kepada selain dari Allah, ini adalah jelas dalam menegah taqlid dalam usuluddin dan masalah khilafiyah sekalipun. Ditarjihkan imam al-Razi dan al-Amadi bahawa tidak harus langsung bertaqlid dalam perkara Usul (akidah), bahkan wajib berfikir. Berkata sebahagian ulama lain, wajib bertaqlid bagi setiap mukalaf dan berijtihad adalah haram. Kesimpulannya, menjadi sah akidah orang yang bertaqlid sekiranya benda yang diikutinya benar dan bertepatan dengan syarak sekalipun dia tidak mengetahui (kerana hanya bertaqlid), tetapi dia tetap berdosa kerana tidak menggunakan akal untuk berfikir.

SEMOGA ADA MANFAAT YANG BOLEH DI AMBIL DARI NUKILAN INI.... SETIAP YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG BURUK ITU DISANDARKAN KEPADA KELEMAHAN DIRI KITA SENDIRI.. SAMA-SAMALAH KITA MENJADI HAMBA YANG BERTAKWA...

Khamis, 2 September 2010

wahai wanita muslimah... sayangilah diri anda.. tutuplah aurat!!!!!

Menurut tafsir Ibnu Kasir, ayat 59 surat al-ahzab merupakan perintah Allah s.w.t kepada Rasul agar memerintahkan kepada kaum yang beriman, khususnya isteri-isteri dan anak-anak perempuannya supaya mereka ingat akan kemulian yang mereka miliki sebagai ahli bait Rasulullah s.a.w. mereka juga hendaklah melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka agar mereka berbeza dengan kaum wanita Jahiliah.
Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Allah memerintahkan kepada kaum wanita yang beriman apabila mereka keluar rumah untuk suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dimulai dari kepala mereka dengan kain jilbab dan hanya diperolehkan menampakkan sebelah matanya saja. (Tafsir Ibnu Kasir,193)
Dalam tafsir ibnu kasir ada menyebut tentang satu riwayat daripada Sufyan As-Sauri bahawa ia mengatakan boleh melihat perhiasan kaum wanita kafir zimmi. Kalu dilarang sekalipun adalah kerana untuk mengelakkan dari timbul fitnah bukan kerana mereka wanita yang terhormat.
Menurut As-Saddi dalam kitab Ibnu Kasir bahawa dahulu kaum lelaki yang fasik dari kalangan pendudu Madinah gemar keluar di malam hari bilamana hari telah gelap. Mereka akan mengganggu wanita-wanita yang keluar malam. Tetapi, mereka tidak akan mengganggu wanita-wanita yang berjilbab kerana bagi mereka wanita tersebut wanita merdeka dan tidak boleh mengganggunya.
Tafsir al-Maraghiy menyatakan bahawa apabila seseorang wanita mu`min ingin keluar dari rumahnya untuk memenuhi keperluan mereka maka mereka hendaklah memakai pakaian sehingga menutupi bahagian tubuh dan kepalanya tanpa memperlihatkan bahagian-bahagian tubuh yang dapat menimbulkan fitnah seperti kepala, dada, dua lengan dan lain-lain lagi.
Selain itu, syariat berpakaian yang dianjurkan Islam boleh mengelakkan wanita-wanita tersebut dari diganggu oleh golongan yang nakal. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat59 ini yang bermaksud “cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.”
Manakala firman Allah yang bermaksud “Dan (ingatlah) Allah s.w.t. adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengetahui.” Dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah s.w.t adalah Maha Pengampun jika mereka terlupa menutup aurat. Allah s.w.t akan melimpahkan rahmatNya kepada orang yang mematuhi perintahNya ketika berurusan dengan wanita.
Islam meyuruh manusia berpakaian menutup aurat agar dapat membangunkan sebuah masyarakat yang bersih daripada nafsu shawat dan keinginan daging dan darah tidak dirangsang pada setiap masa. Pandangan mata yang mengandungi hasrat yang khianat, lenggang-lenggok tubuh yang menimbulkan keberahian, perhiasan dan solekan yang terdedah dan tubuh badan yang bogel semuanya membangkitkan dan merangsangkan kegilaan nafsu seks. Satu satu cara dan usaha Islam ialah mensyariakan agar menutup aurat.
Pada suatu masa dahulu telah tersebar satu pendapat yang mengatakan bahawa pandangan, percakapan dan percampuran yang bebas di antara lelaki an perempuan, gurau senda yang meriah di antara muda dan mudi, melihat bahagian-bahagian badan yang sulit dan memberahikan itu boleh merehatkan jiwa manusia dan boleh melepaskan keinginan-keinginan mereka yang terpenjara dan seterusnya dapat memelihara mereka dari akibat penekanan dan pemendaman terhadap nafsu berahi, juga dapat meyelamatkan mereka dari kompleks-kompleks jiwa dan dapat meringankan mereka dari desakan keinginan seks dan tindakan liar yang selamat untuk memuaskan hawa nafsu di sebaliknya. (Sayyid Qutb, terj. Yusoff Zaky,2000,402)
Menurut Sayyid Qutb, pendapt tersebut adalah berdasarkan kepada teori Freud yang mana merbahaya kepada masyarakat. Ini kerana, menurut beliau bahawa teori ini patut ditolak kerana beliau telah melihat sendiri negara yang tiada pantang larang dalam mendedahkan tubuh badan dan membenarkan percampuran lelaki perempuan yang bebas tidak membawa kepada menghaluskan keinginan seks dan menjinakkannya, tetapi malah membawa kepada kegilaan nafsu seks yang tidak kunjung puas dan tenang. Bukan itu sahaja, mereka menghidap pelbagai penyakit merbahaya yang selama ini difaham tidak akan berlaku melainkan apabila wujud penafian dan pengharaman untuk melihat perempuan atau jenis lawan.
Perhiasan itu halal bagi perempuan untuk memenuhi keinginan semulajadinya. Setiap perempuan ingin menjadi cantik dan dipandang cantik. Walaupun perhiasan itu berbeza-beza dari satu zaman ke satu zaman, namun asas perhiasan itu adalah sama sahaja dalam fitrah perempuan, iaitu ingin mendapat dan meyempurnakan sifat-sifat kejelitaan dan menunjukkannya kepada kaum lelaki. (Sayyid Qutb, terj. Yusoff Zaky,2000,405)
Pernyataan ini menunjukkan bahawa Islam tidak menentang keinginan semulajadi ini, tetapi Islam mahu mengatur dan mengawalnya. Islam mahu menjadikan keinginan semulajadi ini menuju ke arah yang terang iaitu memperhiaskan diri untuk suaminya selaku teman hidup yang dapat memandang bahagian-bahagian badannya yang mana tidak boleh dilihat oleh orang lain. Dan turut sama boleh memandang beberapa bahagian badannya ialah mahram-mahramnya yang terdiri daripada orang yang tidak timbul nafsu berahi mereka dengan pandangan itu. Adapun perhiasan yang ternampak pada muka dan tangan harus didedahkannya kerana muka dan kedua-dua tangan harus didedahkan.
Belahan leher baju ialah bahagian dada yang terbuka pada baju. Kain kelubung ialah kain penutup kepala, leher dan dada untuk melindungi bahagian-bahagian badan mereka yang menimbulkan nafsu berahi agar tidak terdedah kepada pandangan-pandangan mata yang lapar serta pandangan orang yang bertaqwa supaya tidak dipanjangkan dan dulang pandangan tersebut. Perempuan kadang-kadang boleh meninggalkan perasaan berahi yang terpendam di dalam hati lelaki apabila mereka terpandang kepada bahagian-bahagian badannya yang menggiurkan sekiranya bahagian-bahagian itu didedahkan olehnya.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH INI. DEMI KEBAIKAN DIRI KITA JUGA.

Jumaat, 20 Ogos 2010

MANUSIA IBARAT TANAH, ILMU IBARAT HUJAN

Petikan daripada Hadis Rasulullah s.a.w (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Baginda membuat perumpamaan manusia itu ibarat tanah dan ilmu itu ibarat hujan.
Baginda membahagikan tanah itu kepada 3 jenis:

PERTAMA:
Tanah yang yang menerima hujan lalu tumbuh di atasnya tumbuh-tumbuhan yang banyak.
orang yang disifat sebagai tanah yang pertama ini adalah orang yang menerima ilmu lalu diamalkan dan memberi manfaat kepada orang dengan mengajarkan kepada orang lain.

KEDUA:
Tanah yang tidak menumbuhkan tumbuhan tetapi menakung air sehingga orang ramai dapat mengambil manfaat darinya dengan menggunakan iar tersebut untuk keprluan hidup.
orang ini disifatkan sebagai orang yang belajar ilmu tetapi tidak mengamalkan dan tidak mengambil faedah daripada ilmu tersebut tetapi oarang ini menyebarkan ilmu itu kepada orang ramai. kebaikan menyebarkan ilmu itu tetap akan dapat ganjaran di akhirat.

KETIGA:
Tanah yang gersang yang mana tanah ini tidak mampu menakung air dan tidak menumbuhkan rumput. Golongan ini adalah golongan yang tidak menerima ilmu dan dirinya juga tidak memberi manfaat kepada orang lain..

kesimpulannya: fikirlah di tempat yang mana kita berada sekarang dan tempat yang mana yang ingin kita pilih.. Waallahuallam...

Khamis, 12 Ogos 2010

BUAT TATAPAN INSAN BERGELAR SUAMI

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.... kali ini saya ingin berkongsi sebuah kisah dari seorang insan yang bergelar suami....... sama-samalah kita hayati dan ambil pengajaran terutama bagi yang bergelar suami dan bakal bergelar suami.....

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Selasa, 10 Ogos 2010

KELEBIHAN RAMADHAN AL-MUBARAK

ALHAMDULILLAH.......... Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh barokah ini. kita berdoa kepada Allah agar dipanjang usia kita supaya dapat kita memfaatkan kesempatan untuk memperolehi ganjaran di bulan yang mulia ini.
ini adalah kerana, bulan Ramadhan al-mubarak ini mengandungi kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat kepada umat islam. marilah kita sama-sama melihat kelebihan tersebut siamping berusaha untuk mempelehinya.. semoga dengan mengetahui fadhilat ramdhan maka akan menambahkan semangat serta kekhusyukan kita untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Antaranya ialah:

1. Mendapat Ampunan dari Allah

Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Barang siapa yang puasa bulan Ramadhan karena keimanannya dan benar-benar mengharapkan pahala dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Bukhori, Muslim)

2. Do’a-Do’anya Makbul

“Ada tiga orang yang tidak ditolak do’a mereka: Orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil dan do’anya orang yang teraniaya. (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majjah dan Tirmidzi mengatakan bahwa hadis ini hasan).

Syiam Hanya Untuk Allah Dan Hanya Allah Yang Akan Membalasnya.

3. Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Harum Dari Kasturi.

4. Mendapat Dua kegembiraan.

Abu Hurairah r.a. berkata telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w : “ Allah telah berfirman : “ Semua amalan anak Adam dapat tercampuri kepentingan hawa nafsu, kecuali puasa, maka itu untukku, dan aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa itu sebagai perisai, maka seseorang sedang berpuasa, jangan berkata keji atau ribut-ribut, dan kalau seseorang mencaci kepadanya, atau mengajak berkelahi maka hendaknya dikatakan kepadanya : Aku sedang berpuasa. Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa bagi Allah lebih harum dari minyak (kasturi). Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan, yaitu ketika ia sedang berbuka puasa, dan ketika ia menghadap kepada Allah akan gembira benar, menerima pahalanya.” (Bukhori, Muslim)

5. Dijauhkan Dari (Naar) Neraka

Abu Sa’id Al khudri ra. Berkata : Rasulullah saw bersabda: “ Tidak seorang yang berpuasa sehari saja karena Allah melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka jarak 70 tahun.” (HR. Bukhori, Muslim)Di Masukan Jannah (Syurga) Melalui Babur Royyan

Abu Hurairah berkata : Rasulullah saw bersabda : “ Siapa yang bersedekah sejodoh (dua kendaraan) dalam jihad fisabilillah, maka ia akan dipanggil dari semua pintu-pintu syurga, Hai hamba Allah itu baik. Dan barang siapa melakukan sholat, dipanggil dari pintu sholat, dan siapa ahli jihad maka dipanggil dari pintu jihad, dan barang siapa ahli puasa dipanggil dari pintu puasa (arroyyan), dan barang siapa ahli sedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” Abu Bakar bertanya : Ya Rasulullah, “apa sebabnya maka ada orang yang dipanggil dari semua pintu-pintu itu (apakah ada orang yang dipanggil dari semua pintu-pintu itu)” Jawab Nabi : “ Ya, dan saya harapkan kau dari golongan mereka.” (HR.Bukhori Muslim)


6. Naar Ditutup, Jannah Dibuka dan Syaithon Dibelenggu

Abu Hurarah ra berkata Rasulullah saw bersabda: “ Jika tiba bulan puasa Ramadhan maka ditutup pintu neraka, dibuka pintu-pintu jannah dan dibelenggu (dirantai) semua syaiton.” (HR.Bukhori Muslim)

7. Dimintakan Ampunan Oleh Malaikat.

8. Jannah Dihiasi Pada Permulaan Ramadhan

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda: “ Umatku di beri Allah setiap bulan puasa lima macam, yang tidak diberi pada ummat-ummat sebelumnya. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau misik (kasturi), Malaikat memintakaan ampun untuk orang yang berpuasa hingga berbuka, Penjahat- penjahat syaiton dibelenggu sehingga mereka tidak leluasa seperti biasanya, Allah menghiasi jannah setiap hari, dan berfirman : Hampir setiap hambaku yang sholeh bebas dari keberatan dan gangguan dan kembali kepadamu, Allah mengampunkan kepada mereka pada akhir malam Ramadhan. Ditanya : Ya, Rasulullah, apakah itu lailatul qadar? Jawabnya : “ Bukan, tetapi seorang buruh dibayar upahnya telah selesai pekerjaannya.”

9. Mendapat Keridoaan Allah.

Nilai Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadhan Sama Dengan Amalan Fardhu di Bulan Lain, Nilai Amalan Fardhu di bulan Ramadhan Sama Dengan 70 Fardhu di Bulan Lain.

10. Hari-Hari di Awal Ramadhan Rohmat, pertangahannya Ampunan, Terakhirnaya Pembebasan dari Naar

Abul-Lais meriwayatkan dengan sanadnya dari Salman Alfarisi ra berkata: Rasulullah berkutbah pada akhir bulan Sya’ban dan bersabda : “Hai semua manusia, telah tiba kepada kalian bulan yang besar dan berkat, bulan yang menggandung lailatul qodri yang lebih baik dari satu seribu bulan,bulan yang diwajibkan oleh Allah kepada hambanya untuk berpuasa, dengan bangun malam hanya sunnat, maka barang siapa yang mengerjakan yang sunnat pada bulan itu maka sama dengan orang yang mengerjakan amalan yang fardhu di bulan lain, dan yang mengerjakan yang fardhu pada bulan itu bagikan tujuh puluh fardhu di bulan-bulan lain, dan ia bulan sabar, sedang sabar balasannya adalah jannah, dan ia sebagai bulan bantuan dan pertolongan, dan bulan yang ditambahkan rizqi orang mu’min, siapa yang memberi buka puasa pada orang yang brerpuasa mendapat pahala bagikan memerdekaan budak dan menjadi pengampun bagi dosa-dosanya.” Sahabat berkata: Ya Rasulullah tidak semua orang mempunyai makanan untuk memberi buka pada orang yang berpuasa. Jawab Nabi saw : “Allah itu memberi pahala itu pada orang yang memberi buka walau seteguk susu, atau sebiji korma atau segelas air, dan barang siapa yang mengenyangkan orang yang berpuasa, maka ia diampunkan dosa-dosanya dan diberi minum dari telagaku minuman yang tidak akan haus sehingga masuk jannah, dan ia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya dirinya sedikit pun, dan bulan ini permulaannya rahmat dan pertengahanya pengampunan dan akhirnya kebebasan dari neraka, dan barang siapa yang meringankan budaknya (buruhnya) maka Allah akan memerdekaan dari api neraka. ”

11. Dibangunkan Rumah di Jannah dan Akan Dinikahkan Dengan Dua Bidadari

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanad ayahnya dari Ibnu Mas’udr.a. berkata: “Tidak seorang hamba bepuasa Ramadhan dengan tenang diam dam selalu berdzikir, dan melaksanalan yang halal dan meninggalkan yang haram, dan tidak berbuat keji, melainkan ia keluar dari bulan ramadhan sudah diampunkan semua dosa-dosanya, dan dibagunkan untuk tasbih dan tahlil sebuah rumah di jannah dan zamrud yang hijau di dalamnya ada yaqut yang merah di dalam yaqut itu ada khemah dari permata yang berlubang dan di dalamnya ada dua bidadari yang memakai dua gelang emas yang bertaburkan yaqut merah yang dapat menerangi dunia seluruhnya.”

12. Perbandingan Kelebihan Bulan Ramadhan Dengan Bulan Yang Lain

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “ Rajab bulanya umatku dan kelebihanya dari bulan-bulan yang lain bagikan kelebihan umatku dari umat-umat yang lain. Dan sya’ban bulanku dan kekebihanya terhadap lain-lain bulan bagikan kelebihanku atas lain-lain Nabi. Dan Ramadhan bulan Allah dan kelebihannya terhadap lain-lain bulan bagikan kelebihan Allah atas mahluk-Nya.’

wallahu`a`lam.... selamat berpuasa

Ahad, 8 Ogos 2010

REFLEKSI BERTUNANG…
KITA semua akur dengan selera dan kehendak naluri insan terhadap pasangan idaman. Kita sedar bahawa sifat pasangan idaman. Kita sedar bahawa sifat pasangan yang dianjurkan Islam merupakan satu bentuk ilmu dalam pencarian yang lazim diketahui umum. Bahkan lelaki yang jahat sekalipun biasanya berharap untuk mendapatkan isteri solehah. Namun hakikatnya pertimbangan akhlak mulia disarankan agama biasanya tewas apabila ukuran fizikal telah mengelabui mata. Lelaki kebiasaannya akan memilih wanita yang cantik walaupun lidahnya menuturkan keinginan mendapatkan isteri solehah.
Solehah seorang wanita sering kali tewas bila wajah tidak semanis budi. Itu hakikatnya nafsu lelaki. Walau apapun, tergerak juga hati anda sudah sampai untuk melabuhkan tirai bujang. Sebetulnya anda berhak perolehi satu pujian selepas melihat kondisi dan beberapa faktor yang memungkin anda berbuat sedemikian. Tahniah!
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Apabila datang kepadamu seorang lelaki, (datang) untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi”
(Hadis Riwayat Tarmizi dan Ahmad)


DEFINISI PERTUNANGAN…
Pertunangan merupakan sebuah ikatan sementara sebelum berlansungnya akad nikah, namun sering kali disalah anggap oleh masyarakat sekarang, khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi lesen besar untuk melakukan maksiat, dengan alasan kami sudah bertunang. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak dan yang benar-benar terpatri.
Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melansungkan perkahwinan. Pertunangan memberi banyak faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai.
Pertunangan merupakan satu langkah bagi seseorang lelaki menyampaikan keinginan hatinay mengahwini seorang perempuan yang disukainya sama ada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan.
Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latarbelakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan mungkin menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bersalahan dengan nilai-nilai murni dalam masyarakat Islam.
Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah daripada pihak sebelah lelaki menyembunyikan kekurangan mahupun kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya.
Bagi pasangan yang bertunang mereka juga perlu menjaga batas dan larangan sepanjang bertunang kerana mereka masih lagi bukan mahram cuma ada ikatan dan janji setia mahu hidup bersama. Kononnya, kata orang-orang dulu: ‘Mahu hidup semati’. Mungkin sudah ada dalam senyap-senyap di kalangan para pembaca dari kalangan pelajar-pelajar IPT yang merancang untuk melangsungkan pertunangan. ‘Matair’ di tanah air, diri pula di perantauan. Rasa macam tak boleh tahan, bimbang si dia dikebas lelaki lain. Tidak pasal-pasal mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pula asyik mimpi si dia sahaja, dan baca pun tak masuk. Rasa marah kadang-kadang pun ada. Sudah nasib badan.
“Boleh ke bertunang masa belajar?”
“Nanti bila dah bertunang, lepas tu masing-masing ada komitmen dengan pengajian masing-masing sehingga berlanjutan sampai bertahun-tahun. Lama tu, kan makruh!”
Kalau nak mudah jawab, boleh sahaja penulis katakan:
“Tu....! Tengok je orang kahwin ketika masih belajar, tiak ada apa-apa pun. Inikan pula bertunang. Bertunanglah, kalau nak sangat”.
“Itukan sunnah juga. Kenapa nak takut sangat”.
Mungkin anda pun boleh meneka juga jawapan seperti di atas, sudah maklum katakan. Tapi mungkin juga ada betulnya, dari sisi yang lain akan timbul kesan-kesan yang tidak baik. Namun penulis menganggap ianya salah satu bentuk ujian, kenalah tabah dan sabar hadapinya. Penulis rasa tidak ada masalah, jika tempoh masa pertunangan tersebut lama. Lama dalam erti kata lain kerana terkesan sibuk dengan tugasan, seperti pengajian dan sebagainya. Sebagai contoh; kalau bertunang dua tahun, seorang sibuk kerja dengan pelbagai aktiviti, manakala seorang lagi sibuk dengan pengajian di bidang perubatan umpamanya. Rasanya dua tahun tu sekejap sahaja, terutama untuk lelaki yang bertanggungjawab nak buat persiapan macam-macam.
Tapi kalau bertunang sampai enam bulan, kerja satu pejabat, duduk ditempat semacam cubicle mengadap antara satu sama lain. Hari-hari pula tu jumpa sehingga rambut tidak pula disikat pun boleh perasan enam bulan tu panjang dan lagi berisiko. Menolak tafsiran tekstual dan robotik. Namun di sana, anda kenalah sahut cabarannya juga. Kenapa? Bagi saya, ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati, iaitu zina hati yang Islamik romantik. Berbaur Islam, tetapi membawa kepada masalah penyakit hati yang parah dan kronik. Pandai-pandai jaga.

MATLAMAT JADI SANDARAN…
Konsep pertunangan yang semakin terasing dari kehidupan masyarakat kita sekarang. Pada pendapat penulis, kawalan diri kita paling utama. Kuat sesesorang bergantung kepada keimanannya. Di sinilah, iman ditugaskan menjadi sebagai alat kawalan jauh yang efektif. Pandai-pandai kawal, bukan dengan nafsu tapi iman.
Sebaiknya kita kena tetapkan hati, pendirian dan bersederhana. Insya-Allah, kalau kedua-dua belah pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, insya-Allah semuanya baik dan tenang sahaja. Meyerahkan urusan kepada kedua ibu bapa juga membantu melancarkan proses secara keseluruhan. Mungkin bagi sesetengah individu, banyak cabaran semasa bertunang, sesetengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yang Allah Taala berikan. Yang baik disyukuri, dan yang kurang diredhai. Baru betul!
Berhubung antara pasangan tunang perlu juga diperhatikan, melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya dielakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar mantap dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang hingga ke rumah, itupun dengan ibu bapa atau orang tengah. Fokuskan juga pada perancangan perkahwinan. Sebab ramai yang asyik mabuk di alam pertunangan, namun terlupa hendak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga yang lebih penting lagi.
Usah difikirkan banyak tentang hal ini, nanti lain pula jadinya. Jangan dilayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani dan diperjudikan sekarang. Berhubung, minimakan seminimanya. Insya-Allah, tiada resah gulana, dan tiada masalah. Bertunang adalah satu wasilah. Cinta bukan segala-galanya. Namun segalanya yang dimulakan niat yang ikhlas, cara yang betul dan barakah akan menimbulkan dan memutikkan cinta yang sewajarnya selepas perkahwinan.
Kita kena dan perlu ingat! Layakkah kita mencari dan bertemu jodoh yang dapat dibimbing dan membimbing? Tapi, memang itu harapan anda dan kita semua. Selain mendapat pasangan yang mampu dibimbing dan membimbing kita, restu ibu bapa amatlah penting dalam membina masjid. Tidak perlulah kita membelakangi mereka hanya kerana cinta. Cinta yang entah ‘suci dalam debu’ atau ‘suci dalam asap’.
Berhubungan semasa di alam pertunangan bukan tiket bagi kita untuk bergerak bebas dengan tunang. Ingat! Sekarang ornag ber-couple pun sudah berlagak seperti suami isteri dan lupa dunia. Tanyakan diri anda (kita), ke manakah kewarasan kita dalam membuat pertimbangan? Semoga Allah Taala masih memberi ruang waktu untuk bertaubat di hamparan keheningan malam dengan penuh kehinaan. Pohonlah keampunan dari-Nya.
Allah Taala berfirman dalam mafhumnya berbunyi; “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”
-al-Baqarah (2:186)-


SEDIA BERUMAHTANGGA…
Deruan ombak sentiasa memukul pantai. Bukan dinamakan manusia, andai tidak pernah dilanda badai masalah dalam hidup. Risiko ada di mana-mana. Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin, beerti kita harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan. Berkahwin adalah beerti meninggalkan zaman bujang, atau hidup bebas bersendirian.
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza jantina dan membina sebuah mahligai bahagia. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah secara damai. Ketika akad sudah terpatri, kita harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan. Jika kita tidak seiringan. Menghindari dan mencari jalan penyelesaian adalah keutamaan.
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri sendiri kenapa kalian harus mendirikan rumahtangga. Kalian harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, kewangan dan juga emosi. Pupuklah cinta di antara liang-liang ketidak-selesaan yang timbul.
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana-mana sahaja. Adakalanya permasalahan timbul adalah untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika selalu sedia membuka perbincangan, toleransi, berlapang dada untuk bertukar-tukar buah fikiran dengan pasangan, agar hubungan cinta terjalin.
Bersedia menimang kehadiran anak. Kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi sama ada anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumahtangga selepasnya. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Allah Taala. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua-duaan ketika bersama atau tanpa anak sekalipun.
Bersedialah dar sekarang, pintu gerbang ke arah perkahwinan akan dilewati dan digapai jua. Hanya menunggu masa bila dan di mana kita, dan pasangan akan disatukan. Moga harumannya akan terus mewangi ke seluruh alam.

GERBANG RUMAH TANGGA…
Mendirikan masjid, tidak semudah kata-kata disusun semasa akad. Berkahwin perlu ada asas-asas binaan kukuh sebagai tapak kekal yang menjadi pasak antara dua hati yang bercandu cinta sejati. Kalau hanya bahan binaannya berasaskan cinta semata-semata, mungkin hanya bertahan untuk tempoh masa pendek.
Kalau benar, binaan sebuah bangunan kukuh beratus-ratus tahun bukan hanya bergantung pada simen sahaja, perlu adanya batu-bata, konkrit menyokong, dan besi sebagai urat. Inikan pula perkahwinan, cinta sejati tidak cukup.
Kita semua pasti percaya. Perkahwinan harus dilihat dari kesediaan pasangan menanggung amanah dan tanggungjawab terutama kepada suami. Perkahwinan ini adalah satu perkongsian hidup, saling memahami, saling berkorban dan saling memberi. Jika pernikahan dianggap sebagai jalan penyelesaian yang halal untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu, maka itu sahaja yang akan diperolehi olehnya dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Hanya tempat untuk melayangkan nafsu seks semata-mata.
Perkahwinan adalah sesuatu yang jarang dibincangkan secara mendalam. Bila berbicara mengenai perkahwinan, ramai yang tersipu malu dan tentu mengaitkannya dengan malam pertama. Tidak ramai yang menceritakan realiti sebenar perkahwinan ini. Banyak perkara yang harus disediakan terutamanya dari segi ilmu rumahtangga, perancangan sumber kewangan, sikap (tundukkan ego), tarbiah dan sebagainya.
Perkahwinan ini umpama kerja tanpa cuti rehat, tiada cuti sakit, tiada cuti kecemasan dan bekerja 24 jam sehari, berterusan sehingga ke akhir hayat. Daripada ini kita dapat menyimpulkan betapa beratnya tanggungjawab berkahwin. Kebanyakan pasangan yang ingin berumahtangga sekarang ini, Cuma Nampak daripada sudut untuk menghalalkan hubungan batin sahaja, memuaskan nafsu syahwat yang bergelora. Tinggallah si suami pulang kerja, mencari keseronokan tubuh isterinya tanpa menghiraukan makan minum, lampin dan susu anak. Isteri pula terkapai-kapai menyediakan ini dan itu bagi keperluan keluarga, sesekali menatap sedih dikurniakan nasib berat sebelah.
Penulis agak sedih bila ada suami mengatakan sudah bosan bila bersama isteri. Mungkin ada kesilapan di pihak isteri yang perlu diubah, namun dalam hal ini suami perlualah bijak dan berhikmah menegur si isteri. Memang kadang-kadang kehendak kita bukan sentiasa dapat dipenuhi, sebab itulah kita perlu ada sifat redha dalam diri. Redha dalam diri. Redha dengan ketentuan Allah Taala itulah mahar kita di Akhirat. Dalam masa yang sama kita berusaha bersungguh-sungguh ke arah memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada.
Membuat proposal hala tuju perkahwinan penting, sama penting kita mengurus sesebuah syarikat. Semua perkahwinan, perancangan masa depan, pendidikan anak-anak dan budget ekonomi keluarga. Kena ada mekanisma dan persediaan yang perlu dilakukan dalam bentuk satu pelan tindakan. Jangan lupa, hubungkan semuanya itu, dengan pendekatan Islam bagi memastikan niat perkahwinan dan wasilahnya terjaga, selaras dengan kehendak Islam. Biiznillah, hala tuju perkahwinan menjadi terancang.
Tanggungjawab juga bukan terbatas pada memenuhi nafkah zahir mahupun batin. Ingat kepada anak-anak, membesar dengan jasmani sihat tidak salah, jangan lupa pada keperluan rohani mereka. Baik buruk perilaku mereka ketika besosial, bertitik tolak daripada sumber makanan rohani kita berikan. Tarbiah dan didikan berpanjangan.
Pada pendapat penulis, generasi hari ini adalah cerminan didikan sesebuah keluarga. Jika bakal ibu dan bapa ingin melihat generasi akan datang hebat dari segi pekertinya, sakhsiahnya dan tinggi dari segi pemikirannya, persediaan harus bermula daripada sekarang. Lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan sebuah rumahtangga. Inilah antara asas binaan yang perlu diberi penekanan sebelum sebuah mahligai bahagia dapat didirikan.
Tarbiah anak-anak adalah tanggungjawab bersama, isinya bermula dari penjagaan makanan untuk keperluan jasmani, pendidikan agama untuk keperluan rohani mereka. Persediaan awal kena ada, di awal fasa mencari pasangan lagi. Lelaki mahupun perempuan dilihat berjaya memiliki anak soleh dan solehah kelak, bilamana mereka Berjaya memilih pasangan baik dalamannya, bukan sahaja cantik luaran. Risiko ada di tangan sendiri.
Tidak dianggap sebagai seorang suami mithali hanya kerana Berjaya memenuhi kehendak luaran seorang isteri yang dinikahinya, berupa materialistik, tanpa diberi penekanan kehendak dalaman (ruhiah). Kalau pakaian cukup, makan tidak pernah putus, apakah dianggap sudah bahagia andai isteri keluar malam, berpakaian terbelah sana dan sini, solat tika perlu. Bukankah ianya dianggap gagal selama-lamanya.
Iman disisihkan, nafsu dipuaskan. Kita jarang dapat melihat ‘tangan yang menghunus senjata’ di era serba canggih ini, apatah lagi sekarang ini dapat dihitung ‘tangan yang mengayun buaian bisa menggoncang dunia’. Hari-hari kalau tiada kes sumbang mahram, perkosa, raba dan lain-lain di dada-dada akhbar, memang tidak sah.
Macam mana boleh meramaikan ‘tangan-tangan ajaib tadi’ kalau ‘tangan’ yang menghancurkan lebih ramai. Ikutlah syariat lantas hati jadi taat.
Keperluan menilai dan menampung kekurangan yang ada, adalah soal bersama. Petanda awal pada keretakan sebuah rumahtangga dapat diberi rawatan dengan dengan segera. Isteri tidak pernah mengambil hati dengan perbuatan dan tingkah laku si suami, manakala si suami tidak pernah mengurangi pada kelemahan yang ada pada si isteri.
Apa yang kita lihat menentukan apa yang kita fikir berdasarkan apa yang kita lihat itu juga yang akan menentukan adakah kita mampu beroleh manfaat atau mudharat. Kalau dah awal-awal lagi selalu lihat kelemahan isteri, tidak mustahil hubungan rumahtangga makin hilang seri.
Carilah hikmah tersirat, di sebalik mehnah tersurat.


FEBRIK CINTA MUDA-MUDI….
Kalau kita banyak berjalan, kita tahu bahawa dunia sekarang penuh dengan kekalutan. Ramai akan hidup di atas simpati manusia. Kita akan bertemu ibu bersama anak kecil di kaki lima pasaraya meminta sedekah. Kita akan lihat anak kecil jauh daripada ibunya, lantas lahirlah simpati dan tidak teragak untuk bersedekah. Bagaimana pula mereka yang pernah mengaku tewas di medan percintaan, kerana hanya mahu glamour sementara, tapi tidak pernah menyangka kesengsaraan selama-lamanya.
Mudah tertipu, dan ditipu. Jujurnya, penulis menerima banyak maklum balas daripada rakan pembaca laman blognya dalam pelbagai kategori artikel yang saya tulis, saling ketara cintan-cintun. Dalam mendambakan cinta tulus mulus, kita memang perlu banyak bergantung kepada Ilahi, kerana Allah Taala Maha Mengetahui segala isi hati.
Kita dapat menduga berdasarkan persepsi kita yang dangkal itu. Kadang-kadang betul, tapi malangnya banyak yang salah. Bergembiralah menyambut kehadiran cinta, cinta pada adapt resam, cinta pada budaya, cinta pada kesenian, cinta pada bakat dan kebolehan diri. Tapi kalau cinta yang hadir itu bersama panahan halus syaitan yang bias merubah hati menjadi gelisah serta tumpuan kita pada Allah dan pelajaran kian terhakis, maka binalah cinta baru.
Luasnya skop cinta, kalau kita pernah perasan. Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Dalam perkara ini iblis memainkan peranannya untuk menyesatkan manusia kecuali orang yang mempunyai keimanan yang kuat bias menepisnya, itupun salah dalam seribu. Dosa-dosa semalam jangan sampai membutakan kita daripada sinar keampunan-Nya yang Maha Luas.
Di dalam bercinta, kita akan menemui jalan berbeza-beza berdasarkan tahap keimanan kita. Begitu penting cinta tidak ditinggalkan iman terkapai-kapai, cinta dan iman amat akrab untuk menjaga redha Ilahi. Jalan kebanyakan manusia jumpa ialah, gagal. Tuntutan nafsu diletakkan di hadapan. Ruang maksiat lebih besar dan luas.
Anak muda sekarang memang kurang berfikir sebelum ber-couple. Kenapa ber-couple sedangkan si lelaki tidak berani hendak masuk meminang. Bukankah ber-couple itu sudah tidak menunjukkan yang hubungan itu sendiri serius, lebih memudharatkan melibatkan diri terjebak dengan zina hati, zina mata dan zina anggota yang lain.
Mendekatkan diri kepada maksiat (na’uzubillah), usah sekali. Banyak hal yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu hubungan, bukan setakat seronok bercinta sahaja. Bukan mitos lagi sekarang, ada yang terjerat hingga sanggup membelakangi parents. Jalan untuk ke alam perkahwinan mereka mengundang air mata ibu dan bapa mereka kerana untuk selesaikan gelodak nafsu, mereka sanggup ke seberang untuk bernikah, tanpa melihat susahnya bila berada di alam berumahtangga.
Arkitek kelas pertama merupakan arkitek yang memiliki gelaran PhD di dunia, tapi secara hakikatnya adalah seorang arkitek yang mampu mengutip segala ilmu sepanjang hayatnya dan dipratikkan untuk membina segala plan di sunia ini, malah mampu pula di bawa ke Akhirat sana.
Kisah Cinta Cleopatra ada sejarahnya tersendiri, kisah Romeo dan Juliet sudah tersemat sejarah pada lakaran puisi William Shakespear, Cinta damai seorang puteri bernama Diana telah membuka mata dunia, Cinta Adam dan Hawa di lipatan helaian kitab-kitab hikam, sungguh unik dan mempesona.
Sejarah adalah sejarah yang ditinggalkan padanya catatan, fakta, monumen, dan masa dan ketika, hidup kita dipahat dengan sejarah diri sendiri, masa, catatan malah monumen hanya kita sahaja yang simpan. Sejarah baik sudah tentu akan terus menerus dimamah usia hingga muncul hari tua.
Bila seseorang diberi iman yang teguh, diuji iman itu untuk dinilai tahap keberkesanan. Hikmahnya itulah sejarah paling berharga dari segala-galanya, diambil pengajaran daripadanya, mengeluarkan isi tersirat dari tersurat. Cinta bukan segala-galanya, namun segala-galanya memerlukan cinta.


BERTEDUH DI KEBUN CINTA ILAHI
HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal spara waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu berubah.
Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi’e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bias mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan. Menggaji, mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, Cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.
Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kan kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.
Kita mesti selalu jadi, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cintai yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ilah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.
Perkahwinan yang sempurna bkanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syariat aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita akan berakhir.
“Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah…” rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga. Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.
Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan itu dan ini. Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi realistik.
Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tetapi juga satu rasa dan satu tanggungjawab.
Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama. Kalau suami hanya mampu makan mee goreng, isteri juga makan mee goreng, kalau suami mampu membiayai bil eletrik dan air, apa salah si isteri pula melunaskan bil telefon.
Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa yang patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

SEBELUM KAHWIN
Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dengan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalu umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.
Allah Taala telah berfirman; Mafhumnya: “....perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)”
–an-Nur (24:26)-

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali kepada perwatakan sebelumnya.
Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahjjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat yang soelh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.
Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah ini, iaitu; Allah Taala berfirman dan mafhumnya; “Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan……”
-an-Nisa’ (4:34)-

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk lahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni.
Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik. Seorang lelaki lebih menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin, manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminine.
Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selam ini dilakukan oleh suami, manakala si isteri juga menyukai suaminya sekali sakala buuat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.
Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah S.A.W. dalam kesibukkannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusah untuk menjadi seperti baginda.
Penulis tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cnta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang yang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah tidak rasa mampu, maka jauhilah maksiat cinta. Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantic. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.
Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin. Sanggupkah kalian bercinta?


SELEPAS KAHWIN
Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia. Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa belayar dalam lautan yang luas.
Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran. Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka. Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah Baginda S.A.W. Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai yang bercerai kerana cinta. Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh. Ini bukan soal cinta atau suka.
Ini soal sejauh mana keberuntungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga. Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia. Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik. Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.
Allah Taala berfirman dan mafhumnya; “Allah tidk membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
-al-Baqarah (2:286)-

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.
Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebayankannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda. Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk kalian, bukan kedua dan bukan ketiga. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.
Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani. Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan. Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti. Bukankah ironinya sangat aneh. Bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.
Kenapa perlu mengembalikan cinta? Penulis merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas ijab dan qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.
Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda. Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian. Prinsip dan paradigma yang utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.
Sekian.



p/s: semoga artikel di atas dapat dijadikan motivasi, panduan dan pengajaran kita semua. insyaAllah……


Rujukan: Nama pena penulis adalah Rezza Khanafiah. (http://www.puteraazhari.blogspot.com)

Isnin, 26 Julai 2010

INDAHNYA CINTA JIKA DIHAYATI


hidup ini pasti akan sunyi jika tiada cinta. indahnya hidup bile dihiasi dengan bunga-bunga cinta yang kembang mekar di laman hati. maha kuasa Engakau Ya Allah kerana telah membina cinta di hati setiap manusia. sesungguhnya hanya Egkau yang Maha Mengetahui bertapa indah cinta ini.... sucikanlah cinta atara kami....