Selasa, 6 April 2010

coretan buat MALAI (diner permata ukm)

Allahamdulillah..... dapatlah kami melepas nafas lega.. program pertama kami iaitu diner permata ukm atau lebih dikenali sebagai MALAI telah pun berjaya dilaksanakan. kami harap, semua pihak terutama sekali kepada ahli permata berpuas hati dengan apa yang telah kami usahakan. ini merupakan langkah permulaan bagi kami untuk terus menjalankan tanggungjawa kami dengan melaksanakan pelbagai program lain lagi. kepada penasihat kami terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang. kami sangat-sangat menghargai kedatangan tuan. Apa yang penting yang ingin saya sampaikan disini ialah, program ini banyak memberi kebaikan kepada saya. saya dapat input yang sangat berguna dalam menjayakan sesuatu program. Ia juga melatih saya untuk lebih berani berdepan dengan masyarakat. Bagi saya, permata adalah peluang untuk saya melatih diri saya menjadi pemimpin. Bagi kawan-kawan yang lain jangan anggap ini sebagai bebanan kerana besar inputnya nanti jika kita memanfaatkan masa yang ini... terima kasih semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan